Monday, January 18, 2010

BEBERAPA AKTIVITI AWAL TAHUN......

Seperti biasa, awal tahun merupakan masa yang penuh dengan aktiviti terutamanya mesyuarat.

Macam-macam ada.......

mesyuarat panitia
mesyuarat kurikulum
mesyuarat kokurikulum
mesyuarat disiplin
mesyuarat pss
mesyuarat koperasi....

ada lagi.....

kadang-kadang apabila serentak dua atau tiga panitia berjalan, ha...pandai-pandailah pilih.




Ini mesyuarat agung kelab dan persatuan








Ini pula mesyuarat agung unit uniform


Mesyuarat agung kelab sukan dan permainan



Mesyuarat agung rumah sukan










Mesyuarat Panitia






Ini bukan mesyuarat tapi pelajar dapat buku melalui SPBT
Semoga mendapat buku baru dan juga semangat baru.









Balik rumah nanti, balutlah buku tu supaya dapat digunakan dengan elok.




Tuesday, January 5, 2010

WARGA BARU SEKOLAH

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN SATU DAN PERALIHAN TAHUN 2010


Lebih kurang 350 orang pelajar baru tingkatan satu dan peralihan telah mendaftar pada akhir tahun lepas. Dari bilangan ini, sejumlah telah pun diterima masuk ke sekolah-sekolah asrama penuh atau ke sekolah lain dalam daerah atas alasan masing-masing.

Bagi pelajar-pelajar yang masih ada, ada di antara mereka yang masih menunggu untuk panggilan kedua atau pun keputusan kes-kes rayuan.
Walaubagaimanapun pihak sekolah telah mengadakan program orientasi bagi mereka di bawah kelolaan unit kaunseling sekolah dengan kerjasama penyelaras tingkatan, Pn.Atiqah.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti taklimat pentadbir, taklimat disiplin, taklimat buku teks, taklimat peperiksaan, taklimat pusat sumber, lawatan, latihan nyanyian lagu sekolah dan lagu negeri serta peringatan dan penerangan mengenai peraturan sekolah.

Seperti tahun lepas pelajar-pelajar yang mendapat keputusan UPSR yang baik tetapi tidak ingin bertukar akan ditempatkan di bawah satu program khas sekolah iaitu kelas khas Bestari.


Pelajar-pelajar sedang mendengar taklimat.











En.SIVALINGAM, KAUNSELOR SEKOLAH

EN, GAFUR, PENOLONG KANAN PETANG

SEDIKIT AKTIVITI REGANGAN







TEKUN MENDENGAR





SEMOGA MEREKA DAPAT MENJADI WARGA SEKOLAH YANG MEMPUNYAI JATIDIRI YANG TINGGI DAN MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH.